Ramesh Rao Krishnan Naidu

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming hanya mengundang padah apabila beliau dikecam orang ramai selepas menuduh tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turun padang mengutip sampah adalah untuk mencari publisiti murahan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata, pemimpin DAP itu tidak sedar bahawa tiada pemimpin DAP pernah melakukan apa yang Zamry lakukan.

“Bila dalam sejarah DAP, kita lihat pemimpin parti pembangkang itu turun padang dan bersama-sama dengan pekerja pihak berkuasa tempatan mengutip sampah bersama-sama sejak awal pagi dengan mengangkat plastik dan membuangnya ke dalam lori.

“Mereka hanya kata akan membantu rakyat tetapi kenyataan itu hanya menipu rakyat, khususnya orang Melayu, kerana cuba mendapat sokongan berbentuk undi kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU),” kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Ramesh mengambil contoh Pulau Pinang, apabila Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berjanji akan mempertahankan kampung-kampung Melayu pada Pilihan Raya Umum lalu, ia hanya tinggal janji.

SEbaliknya, beberapa buah kampung di Pulau Pinang yang sudah lama didiami orang Melayu dirobohkan untuk tujuan projek pembinaan perumahan mewah sehingga penduduk tetap Pulau Pinang itu disingkirkan.

“Adakah ini bukti mereka membantu rakyat dan mengotakan janji, ini sebenarnya lebih zalim dari memungkiri janji dan ia dilakukan kepada pengundi yang mengundi mereka sendiri,” ujarnya.

Menurut Ramesh Rao, tindakan Kor Ming hanyalah iri hati dengan kepimpinan jitu Zambry yang sanggup mengutip dan membuang sampah bersama-sama pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Kor Ming ingat dia hebat sangat sehingga menyalahkan pula cara pentadbiran Zambry yang kononnya menyebabkan negeri Perak menjadi negeri miskin di dalam negara.

 

Khamis lalu, Zambry dilihat berpakaian seperti pekerja pembersihan MBI dan menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan di pusat bandar Ipoh – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast