Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail

KUALA LUMPUR – Surat khabar Cina sengaja mencipta suasana panik berkaitan ekonomi kepada bangsa Cina dengan tujuan meningkatkan kebencian kepada kerajaan sekarang.

Itu dakwaan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail.

Menurutnya, kos sara hidup meningkat bukan kerana GST atau BR1M tetapi kerana Cina yang menjadi orang tengah yang hampir 85 peratus menguasai industri pengeluaran, pemasaran dan penjualan semua jenis barangan keperluan dan komersil.

“Penarafan ekonomi Malaysia berdaya maju dan mapan pada ketika ini bukan badan penilai tempatan. Ia adalah badan penilai antarabangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zein yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, peringatan itu perlu difahami oleh orang Melayu yang emosinya mudah dipermainkan.

“Penulisan seumpama ini (situasi ekonomi teruk) perlu ditapis oleh rakyat Melayu Malaysia kerana cukuplah Melayu dibodohkan oleh Rafizi (Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli) tentang deposit Tabung Haji yang melingkup.

“Akhirnya, kita lihat Tabung Haji tetap beri subsidi jemaah haji kita dan kekal pemberian dividen. Rafizi sendiri tidak keluarkan deposit dia dalam Tabung Haji tetapi ramai yang terpedaya,” tegasnya.

Menurut Zein, pembangkang Malaysia yg diketuai DAP menyebarkan fitnah 1MDB walhal ramai Melayu yang terima faedah daripada program CSR 1MDB.

“Pasal kos sara hidup, harga minyak dan harga barangan naik. Ia adalah fenomena dunia. Ada orang Cina membesarkan kemarahan dan emosi Melayu dgn tujuan utama ‘rampas’ pentadbiran Malaysia.

“Apakah kerana fenomena dunia, Melayu mahu serah negara ini atas rasa marah (kepada BN) kepada DAP? Ingat, pelanduk selalu lupa jerat, tapi jerat tak pernah lupa pelanduk,” katanya lagi.

Pada masa sekarang, katanya, ada rakyat benci kepada negara dan kini negara dalam keadaan sukar, sewajarnyalah rakyat kukuh bersama kerajaan untuk menghadapi masa depan.

“Satu soalan. Kenapa harga barang naik? Satu jawapan. Peniaga Cina yang beri naik barang. Ambil kesempatan pelaksanaan GST.

“Cina marah sebab GST, kawal perniagaan ‘pasaran hitam’ mreka selama ini yang tidak diisytihar kepada LHDN untuk lari cukai.

“Cina pandai, Cina DAP licik, mreka tidak pernah tidak menipu untuk berjaya dalam perniagaan,” ujarnya.

Malah hari ini, menurut Zein, sesetengah daripada mereka seakan-akan mendapat ‘bonus’ kerana bukan sahaja dapat harga berganda mereka menaikkan harga malah dapat menambahkan kemarahan orang Melayu maka ada harapan wakil mereka dapat memerintah Melayu.

“Soalan kedua, Wahai Melayu tanyalah diri anda, siapa kuasai industri perbankan? Bagaimna mreka kawal ekosistem pinjam wang bank dan manipulasi kadar faedah.

“Apakah Melayu fikir, hanya bumiputera dapat diskaun bila beli rumah? Fikir baik-baik. Apakah Melayu fikir harga Melayu dan harga Cina apabila beli kereta terpakai, sama? Fikir baik-baik.

“Mereka kawal ekonomi, sekarang mereka mahu kuasa pentadbiran. Melayu oh Melayu, fikir baik-baik,” kata Zein.

Menurutnya, busuk-busuk dan hina UMNO, parti itu banyak membuat jasa kepada rakyat, negara dan umat Islam.

“Jangan esok-esok, terhantuk baru terngadah. Kerana sepuluh sen dua harga barang dan minyak naik, kita buang jasa orang maka duduk di bawah pentadbiran Cina. Terhina anak cucu sampai bila-bila,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast