Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh Lt Muda (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat (kanan) bersama dua anggotanya menunjukkan anak buaya tembaga yang ditangkap di kolam ikan tinggal di Kampung Jelaor

PASIR PUTEH – Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pasir Puteh menangkap seekor anak buaya tembaga seberat 15 kilogram yang sedang membaham bangkai biri-biri di Kampung Jelor di sini, semalam.

Pegawai APM Pasir Puteh Lt Muda (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata anak buaya sepanjang 1.5 meter itu ditangkap enam anggotanya bersama penduduk kampung pada 9.30 pagi dalam sebuah kolam terbiar di kampung berkenaan.

“Kami percaya anak buaya berkenaan berasal dari Sungai Jelor dan terperangkap di kolam terbiar berkenaan ketika banjir yang berlaku baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat APM Pasir Puteh di sini hari ini.

Beliau berkata reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast