Gambar hiasan... Berbanding pekerja Indonesia yang memang biasa dengan sektor pertanian, pekerja dari Myanmar pula lebih sinonim dengan sektor perkhidmatan terutamanya bekerja di restoran.
PETALING JAYA – Petani di Malaysia tidak teruja dengan pengumuman kerajaan untuk membenarkan pelarian Rohingya bekerja dalam sektor perladangan.
Presiden Persatuan Petani Buah-buahan, Hong Jok Hon berkata, para petani berasa asing dengan orang Rohingya malahan berasa was-was dengan kemampuan mereka dalam sektor perladangan.
Katanya, petani-petani keturunan Cina lebih biasa dengan pekerja dari Lombok, Indonesia dan telah menggunakan perkhidmatan mereka sejak 30 tahun lalu.
Menurutnya, masyarakat Lombok tidak asing dengan pertanian kerana nenek-nenek moyang mereka memang biasa berkecimpung dalam sektor perladangan.
“Apabila Malaysia membawa masuk pekerja Indonesia, pekerja Lombok telah menjadi pilihan utama petani,” katanya kepada Sinchew Daily.
Katanya lagi, berbanding pekerja Indonesia yang memang biasa dengan sektor pertanian, pekerja dari Myanmar pula lebih sinonim dengan sektor perkhidmatan terutamanya bekerja di restoran.
Menurutnya, petani Malaysia lebih selesa untuk menggaji pekerja asing yang berpengalaman dalam bercucuk tanam kerana latihan kepada pekerja baharu adalah mengambil masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast