KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$95.0 bilion (bersamaan dengan RM426.0 bilion) pada 31 Januari 2017.
Jumlah rizab itu meningkat berbanding AS$94.3 bilion (RM422.9 bilion) pada 13 Januari lalu.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan ialah 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. – MalaysiaGazette