Sebaliknya, jurucakap KBRI menjelaskan bahawa insiden berkenaan melibatkan bekas pegawainya yang telah tamat perkhidmatan dan tahanan sebenarnya dibuat di Jakarta, Indonesia.
“Beliau sudah tidak berkhidmat di kedutaan setelah tamat perkhidmatan pada Disember 2016 dan telah kembali ke Jakarta. Jawatannya di Kedutaan Indonesia di sini, juga telah diganti,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari Rabu.
Media Indonesia memetik Ketua Biro Hubungan Masyarakat KPK Indonesia Febri Diansyah sebagai berkata bahawa individu berkenaan ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam dan akan dibawa pulang ke Jakarta secepat mungkin untuk didakwa.
Febri dilapor berkata bahawa pegawai terbabit dipercayai meminta wang rasuah daripada ejen dan beberapa buah syarikat bagi mengeluarkan pasport dan visa untuk rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.
Menurut laporan-laporan media berkenaan, hasil siasatan awal mendapati pegawai berkenaan didakwa telah menerima rasuah lebih daripada Rp 1 bilion (kira-kira RM300,000) sejak tahun lepas.
— BERNAMA