Antara punca Leptospirosis

KUALA LUMPUR- Jangkitan air kencing tikus atau Leptospirosis telah dikesan dalam kalangan tiga ahli keluarga yang jatuh sakit selepas menghadiri majlis keluarga di Kajang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian makmal yang dilakukan ke atas sampel seorang bayi di Hospital Tanah Merah, seorang pesakit dewasa di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan seorang lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang menunjukkan tanda-tanda positif leptospirosis.

Beliau turut  mengesahkan ujian-ujian yang telah dijalankan menunjukkan tanda-tanda negatif virus saluran pernafasan dan Legionella.

“Tempoh inkubasi bagi leptospirosis adalah di antara tujuh sehingga 14 hari.

Ini bermakna pesakit-pesakit tersebut mungkin mendapat jangkitan berkenaan sebelum pergi ke Kajang.

“Kami masih lagi menyiasat sumber pencemaran sama ada dari air ataupun sumber lain,” katanya.

Tambah Dr. Noor Hisham, ujian masih diteruskan sama ada terdapat jangkitan lain atau tidak.

Khamis lalu, sejumlah 40 orang dikuarantin di Hospital Tanah Merah selepas seorang lelaki meninggal dunia disyaki akibat “virus misteri:.

Allahyarham mengalami jangkitan saluran pernafasan yang serius selepas menghadiri majlis perhimpunan keluarga besar di Kajang.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast