Najib Razak
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

“Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu,” kata beliau dalam Twitter.

Najib berkata pengundi tahu bahawa DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.

“Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua,” kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu.

Najib membuat kenyataan itu susulan pihak-pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast