KUALA LUMPUR – Tidak mendengar khabar angin, jauh sekali gosip-gosip liar, tahu-tahu sahaja bekas pelakon dan model jelita ini, Annahita Bakavoli selamat menjadi isteri orang buat kali kedua baru-baru ini.
Pilihan hati juara bekas Dewi Remaja 2002 kali ini orang biasa-biasa sahaja. Khabarnya rakan yang dikenali sejak zaman kanak-kanak.
Annahita, 35, dan suami yang dikenali Johan sudah berkahwin di Brisbane, Australia.
Sekeping foto telah dikongsi di akaun instagram kakaknya dengan kapsyen:
“From childhood friends to soulmates, Have a wonderful life together my darling sis & Johan #johanannahitashowtimes”
Pada 10 Julai 2010, Annahita diijabkabulkan dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu, Datuk Saiful Baha Mohd. Arshad, 44.
Dua tahun lalu, spekulasi mengatakan mereka sudah tidak lagi tinggal bersama. – MalaysiaGazette