Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Istana Johor kerana telah bersusah payah menghantar Mat Tere balik ke Kelantan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, Mat Tere juga mendapat kemaafan di atas ketelanjuran dan ‘kelurusannya’.

Lantaran itu Annuar berharap individu yang merakam dan menularkan rakaman itu patut menginsafi agar tidak mempermainkan perkara tersebut.

“Tidak salah kalau kita memfitnah atau menyakiti hati seseorang secara sengaja maka kita memohon maaf atau sekurang-kurangnya berazam untuk tidak mengulanginya lagi

“Alfitnatu..asyadduminal..qatlu…fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi titah kepada polis Johor agar membebaskan Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, yang ditahan kerana didakwa menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Titah itu dibuat baginda ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Kontingen Johor Bahru supaya membebaskan Muhammad Zul Apiz atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Tere’ dan dihantar pulang ke Kelantan.

Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

Mat Tere ditangkap polis Kelantan Jumaat lalu, setelah rakaman videonya menghina TMJ menjadi tular dalam laman sosial Facebook dan Youtube. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast