Home Nasional Lelaki Korea Utara yang mati dikenal pasti sebagai Kim Chol

Lelaki Korea Utara yang mati dikenal pasti sebagai Kim Chol

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki Korea Utara yang diberi rawatan perubatan di klia2 pada semalam (13 Februari) dikenali sebagai Kim Chol, 47.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis masih menyiasat kematian Kim dan permohonan untuk bedah siasat telah dibuat, tambah Khalid dalam satu kenyataan ringkas.

Awal malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan seorang lelaki warga Korea Utara meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat identiti serta punca kematian lelaki tersebut.

Mohmad mengesahkan laporan berita asing hari ini yang menyebut Kim Jong Nam, adik tiri lelaki pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, dibunuh di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast