Selebriti, Neelofa semasa majlis Pelancaran Koleksi Lady Lofa bersama Neelofa di Black Box Publika, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 7 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa yang pernah dikaitkan dengan aktor Fattah Amin kurang bersetuju dengan cara bakal abang iparnya Sharnaaz Ahmad mengutuk rakan artis yang sudah pasti merujuk kepada Fattah di laman sosial Twitter.

Bagaimanapun, dia percaya Fattah seorang yang kuat dalam berhadapan dengan kutukan Sharnaaz dan juga kalangan netizen yang turut memperkecilkan usaha Fattah menghimpunkan kata-kata motivasi di dalam sebuah coffee table book itu.

Pengacara Meletop itu melahirkan rasa tidak setujunya ketika membacakan gossip tempat kedua program tersebut berkaitan sikap Sharnaaz yang mengutuk Fattah berhubung buku yang ditulis oleh aktor muda itu.

Neelofa yang mengaku pernah menjalin hubungan mesra dengan Fattah berkata, ada cara dan bahasa yang lebih elok boleh digunakan jika teguran mahu dibuat.

“Bagi saya saya sendiri, saya sendiri cakap saya kurang setuju bab ini, ada cara bahasa lebih elok boleh digunakan,” katanya dalam program Meletop malam ini.

Sharnaaz yang bakal berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor iaitu kakak kepada Neelofa bulan depan mencetuskan kekecohan apabila mengutuk rakan artis kerana menulis buku yang dirumuskan sebagai tidak ada kredibiliti.

Dia turut mempersendakan nyanyian Fattah apabila menyindir dengan mengatakan suara kambing selain mempersoalkan adakah pelakon Suri Hati Mr Pilot itu sasterawan seperti A Samad Said sehingga mahu menulis buku.

Walaupun ada kalangan netizen yang menyokong Sharnaaz namun ramai yang berpendapat caranya itu biadab.

Malah isu turut menarik perhatian orang politik, korporat, akademik yang masing-masing tidak bersetuju dengan kecaman yang disifatkan menggambarkan mentaliti rendah dalam kalangan masyarakat.

Semasa membacakan gossip tempat pertama juga berkaitan Fattah yang positif menerima kecaman netizen, Neelofa berkata: “Dia (Fattah) seorang yang kuat. Korang cakaplah macam-macam kat dia pun….”

Status yang dimuatnaik Neelofa selepas selesai mengacarakan program Meletop.
Status yang dimuatnaik Neelofa selepas selesai mengacarakan program Meletop.

Sementara itu di laman Twitternya Neelofa turut memuatnaik status yang jika dibaca memang mempunyai kaitan dengan isu tersebut:

“Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga – One bad apple spoils the lot – Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. #fikirsebelumtulis”

“I know you,and i know what you’re trying to say to us with your quotes. Regardless of what they say,I have so much respect for your honesty.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast