Dr. Zulkifli Mohamad
Dr. Zulkifli Mohamad

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan mahu pihak Valet Doa supaya membatalkan pakej mereka kerana ia jelas bertentangan dengan syariat agama Islam.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, tawaran sedemikian dianggap sebagai manipulasi doa dan eksploitasi ibadah.

“Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan.

“Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pakej Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan mewakili pelanggan berdoa di Mekah dan Madinah selain mengenakan pakej dan caj tertentu.

Lagi pun, menurut Zulkifli, ia menyalahi nas yang sahih lagi jelas.

“Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah dibatalkan agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah,” ujarnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast