Trofi Liga Juara-Juara Eropah

MUNICH – Bayern Munich terus menghantui Arsenal dalam setiap perlawanan Liga Juara-juara Eropah, malah perlawanan awal pagi meninggalkan mimpi ngeri kepada kelab bola sepak London itu apabila dibelasah 1-5.

 

Dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati 16 pasukan, di  Allianz Arena, the Gunners lesu dan kini skuad bimbingan Arsene Wenger berdepan laluan sukar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila melayan lawannya di halaman sendiri pada 7 Mac depan.

Gol berganda Thiago Alcantara, Arjen Robbern, tandukan kencang Robert Lewandowski dan jaringan Thomas Muller meranapkan harapan Arsenal menamatkan nasib setiap kali bertemu dengan kelab bola sepak Jerman.

Robben memecahkan kubu pertahanan lawan pada minit ke-11 sebelum gol kedua Lewandowski (53), Thiago Alcantara (56,63), Muller (88).

Gol sagu hati Arsenal hadir menerusi Alexis Sanchez pads minit ke-30.

Arsenal tersingkir pada pusingan 16 pasukan sebanyak dua musim di tangan Bayern.

Malah nasib malang pasukan itu berterus awal pagi tadi apabila gagal memanfaatkan sepakan penalti malah penyokong Arsenal kecewa dengan barisan pemain yang diturunkan tanpa penjaga gol utama, Petr Cech yang disifatkan antara punca kekalahan teruk.

Para penyokong the Gunners yang telah menempah tiket perlawanan timbal balik di Emirates kini menjualkannya kepada penyokong Bayern Munich ekoran keputusan buruk itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast