Potensi ekonomi membabitkan industri fesyen muslimah adalah antara topik yang dipercayai akan dibentangkan usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa kepada Majlis Penasihat Kerajaan di pengerusikan Tun Daim Zainuddin esok.
Potensi ekonomi membabitkan industri fesyen muslimah adalah antara topik yang dipercayai akan dibentangkan usahawan dan selebriti televisyen popular Neelofa kepada Majlis Penasihat Kerajaan di pengerusikan Tun Daim Zainuddin esok.

PUTRAJAYA – “Saya sudah beritahu Astro dan pihak produksi Michael Ang untuk setuju buat drama itu (Hero Seorang Cinderella), cuma atas sebab tertentu saya terpaksa mengalah dan tidak berlakon. Itu adalah keputusan terakhir.”

Itu jawapan aktres Neelofa apabila ditanya status terkini sama ada dia akan berlakon dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella ataupun sebaliknya.

Neelofa sebelum ini telah menyatakan dia tidak berlakon di dalam drama tersebut atas sebab-sebab tertentu biarpun dia sebenarnya menyimpan hasrat yang besar untuk berlakon bersama aktor Fattah Amin.

Malah, Neelofa ketika sembang di Instagram memberitahu, dia telah membeli novel tersebut dan mula membacanya.

Kedua-dua pelakon itu sebelum ini telah dinamakan oleh Astro akan bergandingan dalam drama bersiri selepas kejayaan mereka mencipta gelombangan #Lofattah di dalam Suri Hati Mr Pilot.

Namun atas sebab tertentu hanya Fattah dikekalkan dalam drama 20 siri itu, dan produksi Michael Ang dikatakan sedang mencari pengganti Neelofa.

Pengacara Meletop itu juga sebelum ini menafikan dia menolak untuk berlakon dalam drama tersebut sebaliknya keputusan untuk menggugurkan namanya diputuskan oleh pihak lain.

Gosip terbaru bertiup kuat kononnya hubungan Neelofa dan Fattah kini retak, bagaimanapun pelakon yang pernah menggenggam gelaran Bintang Paling Popular 2016 itu memberitahu hubungan mereka masih baik.

Ditanya kemungkinan dia dan Fattah akan bekerjasama pada masa akan datang, kata Neelofa, segala-galanya terpulang kepada keadaan.

“Saya tak ada masalah untuk berkolaborasi pada masa akan datang, saya rasa kena ada persetujuan bersama,” katanya.

“Mungkin ada juga ada sebab-sebab lain yang perlu diambil kira, dari pihak saya mungkin tiada masalah, namun pihak Fattah mungkin ada masalah lain dari segi masa dan jadual perlu diambil kira,” katanya.

Gandingan Neelofa dan Fattah dalam SHMP mencipta fenomena #Lofattah sehingga trending di media sosial dan kedua-duanya mengakui pernah menjalin hubungan cinta sejak minggu pertama penggambaran drama tersebut.

Neelofa bagaimanapun memberitahu demam #Lofattah kini tidak serancak dahulu.

Dia ditemui selepas dilantik duta untuk projek perumahan Flora Rosa Kondominium di Putrajaya bagi merangsang golongan belia memiliki kediaman sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast