Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) untuk menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji 12 bekas pemainnya sebanyak RM522,000.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) untuk menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji 12 bekas pemainnya sebanyak RM522,000.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan merujuk kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika merasakan wujudnya ancaman keselamatan ketika berdepan Korea Utara dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kita akan berhubung dengan AFC dan juga pihak kedutaan. Kalau FAM merasakan keadaan di sana tidak selamat, FAM akan berhubung dengan AFC.

“AFC yang akan tentukan. Setakat minggu lepas, segalanya masih okay. Kalau sampai ke satu tahap, AFC akan menentukan sama ada bermain di tempat berkecuali atau ditangguhkan,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Wisma Putra hari ini memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara pada 28 Mac depan di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast