Gambar Arkib

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerima sebanyak 8,277,391 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini sehingga 14 Februari lalu.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jumlah itu bertambah sebanyak 15.69 peratus berbanding 7,154,343 pada tahun lalu.

Menteri Kewangan Kedua itu menambah, BR1M merupakan satu jaringan keselamatan sosial yang dicadangkan oleh Jawankuasa Fiskal Negara.

“Sesungguhnya BR1M satu mekanisme yang diwujudkan khas bagi meringankan beban kos sara hidup dan pemberian ikhlas kerajaan secara bersasar.

“Ini membolehkan penerima berikhtiar dan berusaha untuk memajukan diri pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Aplikasi Mobile Semakan BR1M di sini hari ini.

Johari berkata, aplikasi itu akan memudahkan pemohom BR1M menyemak status permohonan dengan cepat dan tepat.

Selain dapat memberi kemudahan kepada rakyat, ia satu alternatif membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan BR1M yang boleh mengelirukan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast