Home Ekonomi Geely, PSA sudah kemuka bidaan Proton

Geely, PSA sudah kemuka bidaan Proton

KUALA LUMPUR – Zhejiang Geely Holding Group Co dan PSA Group telah mengemukakan bidaan untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Berhad (Proton).

Rundingan masih awal dengan bidaan dinilai dan mendapat pengesahan.

Menurut sumber yang enggan dinamakan berkata, saiz sebenar pegangan yang akan dijual oleh Proton, yang juga memiliki pembuat kereta sport British Lotus Cars Ltd, akan ditentukan selepas perbincangan, orang tersebut.

Jurucakap PSA berkata, syarikat itu “masih dalam proses rundingan dan ingin untuk pergi lebih jauh dengan Proton.”

Seorang wakil Geely pula enggan mengulas.

Proton, yang dikuasai oleh syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary – sDRB-Hicom Bhd, sedang mencari jalan keluar untuk mengurangkan hutang.

DRB-Hicom dijangka mengumumkan keputusan bidaan pada separuh pertama tahun ini.

Bagi PSA, bidaan ke atas Proton datang tepat pada masanya ketika ia juga memohon untuk memperoleh jenama Opel dan Vauxhall daripada General Motors Co.

Geely pula memiliki kepentingan kawalan dalam Proton akan memberikan kawalan kepada Proton dan Lotus Cars, yang terkenal dengan teknologi casis ringan berikutan pembelian Volvo pada tahun 2010.

Proton juga membeli teknologi enjin pada tahun 2012 daripada Petroliam Nasional Bhd, yang menaja Mercedes AMG Petronas pasukan Formula Satu.

Harian Perancis Les Echos sebelum ini melaporkan PSA telah membuat tawaran kukuh untuk Proton.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast