Hospital Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan mencurigakan di sini malam tadi.

Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.
Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.

Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan anggota keselamatan HKL yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan telah membuat laporan polis pada 9.56 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman dalam satu kenyataan berkata, laporan mengenai wanita itu sekali dengan seorang lagi lelaki warga Korea Selatan yang dikatakan juga dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang sama.

“Polis telah menahan dan merakam percakapan lelaki itu yang merupakan wartawan Korea Broadcasting System (KBS) dan mempunyai pas media sah,” katanya.

Akhirnya, lelaki itu dilepaskan setelah percakapannya dirakam manakala polis masih lagi mengesan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan itu yang sama.

Jurukamera KBS itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.

Mohd. Sukri berkata, ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di IPFN dipertingkatkan, dengan menempatkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak minggu lepas bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup kain dipercayai mengandungi cecair beracun pada 13 Feb lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast