KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara berhubung isu kedaulatan tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan merupakan negara yang berdaulat.

“Kita tidak akan tertekan dalam membuat keputusan di atas pembunuhan Kim Jong-nam.

“Kita juga tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Pusat Dgangan Dunia Putra di sini petang tadi.

Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung tindakan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang seolah-olah mengeluarkan kenyataan biadab terhadap penyiasatan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia ke atas pembunuhan Kim Jong Nam. – MalaysiaGazette