Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenalpasti.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan anggota Parlimen daripada UMNO.

PORT DICKSON – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan Pas bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan Pas bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.

“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan Pas walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya)”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama empat hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Pas tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast