Bekas YDP sebuah majlis perbandaran yang ditahan SPRM pada 13 Februari lalu.

SEREMBAN: Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Datuk Hanif Hassan.

“Suspek telah dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM15,000,” katanya ketika dihubungi.

Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, antara September 2009 hingga Ogos 2016.

BACA: SPRM tahan bekas YDP terlibat rasuah

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan berhubung kes sama dibebaskan pada Isnin, juga dengan jaminan SPRM.

Dua kontraktor terbabit disyaki dianugerahi beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang diterajui oleh suspek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast