Mohd Faiz Subri

ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas.-MalaysiaGazette





IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast