Dua wanita, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam.

HANOI – Wanita Vietnam yang ditahan sebagai saspek dalam kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara menyangka dia hanya terlibat dalam satu penggambaran video komedi.

Sebelum ini Hanoi tidak mengesahkan Doan Thi Huong adalah warga negaranya, sebaliknya hanya berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia.

Kementerian Luar Negeri Vietnam berkata, pihaknya telah menemui Thi Huong Sabtu lalu.

“Kesihatan stabil. Dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai kedutaan, Doan Thi Huong memberitahu, ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya kerana dia fikir terlibat dalam rakaman video komedi,” kata kenyataan Kementerian Luar.

Sebelum ini, saspek wanita Indonesia, Siti Aisyah juga membuat dakwaan yang sama.

Kedua-dua wanita berkenaan ditahan selepas kamera litar tertutup memaparkan kedua-duanya terlibat menyerkup kepala Kim Jong-nam.

Jong-nam disahkan mati kerana terdapat kandungan agen saraf VX pada muka dan kedua-dua matanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast