PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan berharap agar lebih ramai lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan memilih tingkatan enam dan menduduki Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) pada masa akan datang.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada tahun 2015, calon STPM hanya seramai 43,000 orang sahaja.
“Keputusan peperiksaan STPM 2016 adalah antara yang terbaik dalam sejarahnya tetapi calonnya hanya 43,000 yang menduduki peperiksaan.
“Kita harap lebih ramai akan menduduki peperiksaan STPM pada masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2016 di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Mengulas lanjut, Mahadzir berkata, pencapaian calon wanita yang telah mendapat PNGK 2.75 berbanding calon lelaki mendapat PNGK 2.6 pada tahun 2015 adalah perkara biasa.
Jelasnya, ini kerana trend pencapaian itu dapat dilihat lebih awal pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) dan seterusnya SPM.
Sementara itu, pada majlis sama, MPM turut meraikan pencapain pelajar bagi STPM 2016 dengan memberi ganjaran wang sebanyak RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada mereka. – MalaysiaGazette