KUALA LUMPUR – Harga runcit Petrol RON95 dan RON97 untuk bulan Mac 2017 masing-masing kekal RM2.30 dan RM2.60 seliter seperti harga bulan Februari.

Bagaimanapun, harga diesel bagi bulan naik sebanyak lima sen seliter kepada RM2.20 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini.

Harga bagi bahan bakar itu berkuatkuasa pukul 12.01 pagi, 1 Mac 2017. – MalaysiaGazette