Donald Trump
WASHINGTON – Mahkamah Rayuan Persekutuan menolak permohonan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan rayuan larangan perjalanan yang dikenakan ke atas tujuh negara oleh Presiden Donald Trump.

Perintah daripada Mahkamah Rayuan itu meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Trump untuk menjelaskan niat perintah eksekutif yang kontroversi itu.

Mahkamah sebelum ini telah menggantung larangan perjalanan Trump.

Bagaimanapun, rump berkata, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif baru yang menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh hakim-hakim mahkamah rayuan.

Pada 27 Januari lalu, Trump telah menyebabkan huru-hara di lapangan terbang seluruh dunia selepas visa ke AS yang dipegang oleh rakyat tujuh negara terlibat tidak diterima pakai selama 90 hari.

Manakala bagi pelarian visa digantung bagi tempoh 120 hari, kecuali dari Syria yang dihalang masuk sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast