NICARAGUA – Seorang wanita muda di bahagian terpencil Nicaragua meninggal dunia seminggu lalu selepas diikat dan dicampak ke dalam api dalam ritual pengusiran syaitan.
Ahli-ahli keluarga memberitahu media tempatan, Vilma Trujillo telah diserang oleh empat orang yang diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa adalah seorang paderi evangelis.
Juan Rocha menafikan membakar Trujillo sebaliknya memberitahu roh-roh jahat telah menggantung mangsa di atas api dan kemudian menjatuhnya.
Mangsa, 25, ditemui oleh saudaranya beberapa jam dengan kesan terbakar teruk.
Polis telah menagan Rocha dan beberapa orang telah ditahan ekoran serangan tersebut.
Suami mangsa, Reynaldo Peralta Rodriguez berkata, ibu kepada dua anak itu dibawa ke dalam sebuah gereja minggu lalu apabila
Suami mangsa, Reynaldo Peralta Rodriguez, kata ibu kepada dua anak telah diambil di dalam sebuah gereja minggu lalu apabila ramai bertanggapan dia dirasuk selepas didakwa cuba untuk menyerang orang dengan parang, lapor Associated Press.
“Perbuatan yang dilakukan itu sukar dimaafkan.
“Mereka telah membunuh isteri saya, ibu kepada anak-anak saya. Apa yang akan saya beritahu kepada mereka,” beliau Rodriguez
Pablo Cuevas, jurucakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nicaragua, menggesa kerajaan mengadakan kawalan kukuh kepada kaum wanita di negara itu.
“Ia adalah perkara luar biasa berlaku pada hari ini, perlu ada kajian semula oleh pihak berkuasa bagi semua mazhab dan agama.
“Kita tidak boleh ada perkara seperti ini berlaku,” tambahnya.
Kumpulan hak asasi wanita berkata, kes itu adalah satu contoh fanatik dan kebencian terhadap wanita. – MalaysiaGazette