Jurgen Kantner dan Sabine Merz dibunuh oleh kumpulan militan Filipina. foto AFP

MANILA – Mayat seorang tebusan Jerman yang kepalanya dipenggal oleh kumpulan militan Filipina pada minggu ini telah ditemui.

Tentera berkata, Jurgen Kantner telah diculik daripada kapalnya pada November tahun lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab dalam penculikan tersebut.

Mayat Kantner telah ditemui di Kepulauan Sulu dan akan dikembalikan ke Jerman.

Ketika kejadian, Kanter dan pasangannya, Sabine Merz yang ditemui mati ditembak di atas kapal tersebut dipercayai sedang bercuti.

Bulan lalu, ada rakaman video yang menunjukkan Kantner dipenggal.

Menteri Luar Negeri Jerman dalam kenyataanya berkata, ia amat mengejutkan akibat daripada perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast