Para wartawan dilihat mengerumuni kenderaan Kedutaan Korea Utara di Malaysia yang dilihat keluar dari kedutaan tersebut pada kira-kira jam 9.30 pagi ini dihadapan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Dua kenderaan yang dipercayai membawa Kang Chol, Duta Korea Utara ke Malaysia keluar daripada kedutaan itu di Bukit Damansara, sebentar tadi.

Kenderaan itu keluar selepas pasukan polis mengadakan kawalan di luar kedutaan tersebut.

Polis meletakkan pita kuning dua meter dari pintu pagar premis tersebut, sekali gus menghalang pengamal media yang berkumpul sejak awal pagi mendekati kawasan tersebut.

Kenderaan itu dipercayai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kang Chol dikatakan akan menaiki pesawat ke Beijing pada lewat petang ini.

Malaysia telah mengeluarkan perintah mengusir Kang Chol dalam tempoh 48 jam pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast