KUALA LUMPUR – Berjalan sakan pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan atau Che Ta sekarang ini.
Rasanya baru Che Ta kembali dari Tanah Suci Makkah dan Madinah bersama suami serta anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta berada di Arab Saudi bagi menjayakan penggambaran drama terbitan Zeel Production selain menunaikan umrah.
Alih-alih semalam, Che Ta terbang ke London untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 yang jatuh pada 9 Mac.
Tapi kali ini, Che Ta hanya ditemani tiga anak dan adik-beradiknya yang lain, tanpa Zain Saidin di sisi.
Tahun lalu, wanita yang turut dikenali sebagai usahawan ini juga meraikan ulang tahun kelahirannya tanpa Zain Saidin, di Makkah.
Khabarnya, Zain tidak dapat menyertai rombongan kami kerana dirinya sudah pun terikat dengan komitmen perniagaannya.
Tak apalah Che Ta. Suami beri izin ke London pun sudah cukup bagus.
Che Ta berada di kota terkenal itu selama 10 hari.
Tapi bila fikir-fikir balik, apabila Che Ta kembali terbang ke luar negara, sudah pasti dia melunaskan bayaran cukai tertunggak sebelum ini. Betul tak? – MalaysiaGazette