pelakon tempatan berusia 25 tahun ditahan miliki dadah di TTDI
Artis pelakon wanita popular tempatan dicekup miliki dadah

KUALA LUMPUR – Mesej melalui aplikasi Whatsapp yang meminta orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat beli-belah dan tempat awam kerana menjadi sasaran kumpulan pengganas adalah palsu.

Polis menyifatkan penyebaran maklumat itu dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Datin Asmawati Ahmad berkata, mesej itu telah dimanipulasi dan dikitar semula beberapa kali sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat tanpa sebab-sebab yang sahih.

Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tidak berasas.

“Mesej palsu sedemikian bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat sehingga membantutkan aktiviti harian mereka, malah berupaya menjejaskan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak berkongsi dan menyebarkan maklumat-maklumat tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Polis telah dan akan terus berusaha mengekalkan keselamatan awam dan memelihara kedaulatan daripada sebarang bentuk ancaman dari dalam mahu pun luar negara. – MalaysiaGazette