Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas), menerusi anak syarikatnya Malaysia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) telah menandatangani perjanjian bekalan gas asli cecair selama10 tahun dengan Hokkaido Electric Power Co (HKE) pada 2 Mac lalu.

HKE adalah satu daripada syarikat-syarikat utiliti Jepun yang bertanggungjawab terhadap bekalan elektrik yang stabil ke Hokkaido Prefecture.

Di bawah terma perjanjian itu, MLNG akan membekalkan 130,000 tan metrik LNG setahun kepada HKE.

Pengerusi MLNG, Datuk Mohd Anuar Taib berkata, kerjasama dengan HKE adalah komitmen Petronas untuk menyediakan penyelesaian LNG jangka panjang kepada para pelanggannya.

MLNG beroperasi Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak adalah salah satu kompleks LNG terbesar di dunia.

Kemudahannya mempunyai gabungan kapasiti pengeluaran tahunan kira-kira 30 juta tan. – MalaysiaGazette