Debat antara Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Karangkraf dibatalkan.

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan debat antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ditetapkan pada 25 Mac ini.

Menurutnya, debat itu dijadualkan berlangsung di Padang Rengas, Perak mulai jam 3 petang.

Beliau yang baru pulang dari lawatan rasmi di luar negara, memberitahu, tarikh, tempat dan waktu itu telah dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya.

“Semua urusan itu diuruskan Setiausaha Akhbar saya dengan pihak sebelah sana (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM).

“Saya diberitahu, Dr. Mahathir setuju dengan tarikh, tempat dan waktu, maka saya terima dan setuju,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Kata Nazri, Dr. Mahathir akan berdebat mengenai isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan saya pula berdebat berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Ditanya apakah kedua-dua pihak ada meletakkan syarat, katanya, baginya tidak ada sebarang syarat ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast