Filem Beauty and The Beast tidak dibenar tayang di Malaysia berikutan adegan-adegan gay.

KUALA LUMPUR – Semuanya bermula di Rusia apabila seorang Ahli Parlimen menggesa filem Beauty and The Beaste diharamkan tayangannya di negara itu kerana kewujudan karakter gay di dalamnya.

Namun, pihak Kementerian Kebudayaan negara itu memberi kelulusan filem itu ditayangkan dengan rating 16+.

Alih-alih tayangan filem terbitan Disney itu merebak di negara apabila ditangguhkan biarpun sepatutnya menemui penonton minggu ini.

Filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens dan Luke Evans itu dijadual menemui penonton Malaysia mulai Khamis ini.

TGV Cinemas dalam satu kenyataan, tayangan filem itu ditangguhkan atas sebab tidak dapat dielakkan hingga notis selanjutnya.

TGV turut memaklumkan, pembeli awal tiket filem berkenaan boleh mendapatkan semula bayaran di pawagam terdekat, menghubungi khidmat pelanggan menerusi telefon 130022848 atau mengirimkan e-mel ke [email protected].

Pembeli tiket awal Beauty and The Beast juga boleh menukar kepada filem lain jika tidak mahu menerima pulangan wang.

TGV turut memaklumkan belum menerima kenyataan rasmi mengenai tarikh tepat tayangan filem yang ditunggu-tunggu ramai itu.

Hingga saat ini juga, difahamkan belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Disney berhubung penundaan tayangan filem arahan Bill Condon itu. – MalaysiaGazette