Abd. Latif yang sedang bercuti dari tugasnya bermula 1 Mac lalu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor pada 9 Mac selepas anak dan seorang pegawai khasnya bersama dua yang lain dibebaskan selepas mereka direman selama 14 hari bagi berhubung kes tersebut.

JOHOR BAHRU – Permohonan Datuk Abd. Latif Bandi, 51, untuk menyemak semula tempoh penahanan reman tujuh hari ke atasnya yang dikeluarkan Mahkamah Rendah di sini Jumaat lalu, ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Keputusan oleh Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd Razak itu dibuat selepas mendengar hujahan pembelaan yang mewakili Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedang bercuti itu dan pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd. Sofian berpendapat, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat semakan ke atas keputusan Mahkamah Rendah yang menggunakan budi bicara semasa memberikan tempoh tahanan reman itu.

Pada Jumaat lalu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd. Rahman membenarkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu berhubung skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Beliau direman bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Abd. Latif yang sedang bercuti dari tugasnya bermula 1 Mac lalu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor pada 9 Mac selepas anak dan seorang pegawai khasnya bersama dua yang lain dibebaskan selepas mereka direman selama 14 hari bagi berhubung kes tersebut.

latif2Abd Latif direman bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sejumlah wang tunai RM14,000, 150 beg tangan pelbagai jenama mewah serta sebuah MPV jenis Toyota Velfire dirampas SPRM di kediaman Abd. Latif sejurus penahanannya.

Pada 24 Feb lepas, SPRM menahan enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas Exco berkenaan selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah.

Pada 28 Feb pula, SPRM menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.

Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lepas, sementara empat yang lain dibebaskan pada 9 Mac lalu.-MalaysiaGazette.