KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM600,000 oleh seorang pegawai kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kes it kepada SPRM.

“Saya percaya siasatan akan dilaksanakan secara adil dan telus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM menahan bekas Pengarah MITI Kelantan di pejabatnya di sebuah jabatan di Putrajaya kira-kira pukul 6 petang semalam dan dibawa ke Kota Bharu malam tadi untuk membantu siasatan kes itu.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norida Mohd Husin hari ini mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap lelaki yang berumur 35 tahun itu bermula hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast