Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Hasniah Ali (tengah) bergambar bersama dengan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 selepas penegemuman keputusan SPM 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 16 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Kekurangan dalam kehidupan bukan menjadi penghalang untuk seseorang mencapai impian masing-masing.

Selain keazaman, apa yang penting ialah kesungguhan perlu ada dalam diri seseorang.

Bagi Muhd. Fitri Rozlan, walaupun ayahnya tidak memperoleh pendapatan yang tinggi daripada pekerjaannya sebagai pemanudu teksi namun sokongan yang diberikan kepada beliau amat bermakna buat pelajar itu dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Pelajar cemerlang 10A SPM 2016, Muhd Fitri Rozlan bergambar bersama ibu bapanya selepas pengemuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 16 MAC 2017
Pelajar cemerlang 10A SPM 2016, Muhd Fitri Rozlan bergambar bersama ibu bapanya selepas pengemuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 16 MAC 2017

“Ayah tidak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sokongan guru sekolah juga memberi keputusan cemerlang ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa selepas pengumuman keputusan SPM di sini hari ini.

Muhd Fitri yang memasang impian menjadi pensyarah matematik mendapat pangkat A dalam 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2016.

Menurut pelajar itu, dia tidak menyangka mendapat pangkat A dalam semua subjek yang diambilnya, terutama matematik, kerana kesemua subjek adalah berasaskan Kemahiran Berfikir Tahap Tinggi (KBAT).

Sementara itu, bapa Muhd Fitri, Rozlan Mat Idris berkata, walaupun anaknya seorang ‘ulat buku’ namun beliau seperti tidak percaya anaknya mendapat keputusan sebaik itu.

“Dia memberi kejutan manis kepada kami dengan menjadi pelajar cemerlang, perasaan ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata,” ujarnya. – MalaysiaGazette