Penduduk kampung percaya lembu itu diberi ubat pelali oleh 3 pencuri itu bagi melemahkannya kerana terdapat ubat berkenaan dalam kereta tersebut.

KUANTAN – Cubaan 3 lelaki mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat di sini gagal, selepas tindakan mereka cuba memuatkan lembu itu ke dalam kereta Toyota Vios disedari seorang penduduk pagi tadi.

Saksi, Mohd Amirul Azahar, 24, berkata beliau menyedari kejadian itu sekitar 6.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke Kampung Cempaka untuk menangkap ikan.

“Tiga lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke dalam belukar berhampiran, apabila menyedari kehadiran saya.

“Saya kemudiannya memanggil penduduk kampung dan kami berpecah untuk mencari mereka, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada pemberita.

Amirul berkata, penduduk kampung percaya lembu itu diberi ubat pelali bagi melemahkannya kerana terdapat ubat berkenaan dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima laporan polis daripada pemilik lembu itu,” katanya.

-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.