Keylor Navas.- Foto: the Sun

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersedia menyingkir penjaga gol utamanya Claudio Bravo untuk penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas.

Guardiola, sudah bersedia untuk membeli Navas yang dilaporkan masa depan bersama Real Madrid tidak menentu musim ini.

Claudio Bravo berdepan penyingkiran di Etihad ekoran prestasi hambar yang mengecewakan Pep Guardiola. Foto: the Sun
Claudio Bravo berdepan penyingkiran di Etihad ekoran prestasi hambar yang mengecewakan Pep Guardiola. Foto: the Sun

Aksi Bravo bersama Manchester City yang tersingkir dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-16 aksi liga Juara-Juara Eropah Rabu lalu mengecewakan Guardiola.

Manchester City walaupun berbelanja besar untuk membawa masuk pemain bintang musim lalu, bahagian gawang gol pasukan itu berdepan krisis teruk.

Ia sekali gus menjejaskan keputusan beberapa perlawanan pasukan itu dalam liga domestik dan Eropah.

Manchester City telah membenarkan Jose Hart meninggalkan Stadium Etihad dan membawa masuk Bravo dari Barcelona musim lalu.

Bagaimanapun, prestasi Bravo gagal memujuk Guardiola untuk menjadi pilihan pertama skuad musim ini berbanding Willy Caballero.

Caballero bukan lagi penjaga gol pilihan utama Pep Guadriola dan mencari penjaga gol yang berpengalaman dan muda akhir musim ini.

Laporan di Sepanyol memberitahu Guardiola mengalih perhatiannya kepada Navas.

Tetapi, Man City akan menerima persaingan daripada Liverpool, Arsenal dan Paris Saint-Germain.

Los Blancos sedia melepaskan Navas untuk membawa masuk penjaga gol elit David de Gea atau Thibaut Courtois.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast