Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berbangga dengan semangat patriotik yang ditunjukkan rakyat Malaysia termasuk bersatu ketika berdepan dengan konflik diplomatik dengan Korea Utara.

“Lebih menyentuh jiwa dalam ketegangan diplomatik Korea Utara yang masih berlangsung  yang mana rakyat kita bersatu padu mempertahankan maruah negara,” ujar Datuk Seri Najib Razak semasa berucap melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Selain itu, Najib berbangga dengan semangat patriotik yang ditunjukkan rakyat Malaysia menerusi pengundian twitter untuk memastikan Pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri memenangi anugerah berprestij dunia, Puskas bagi tahun 2016.

“Semangat yang sama saya dapat lihat dalam menghadapi trajedi MH370 dan MH17 apabila rakyat bersatu hati menunjukkan solidariti kukuh,” katanya.

Menurutnya, semangat kasih sayang perlu disemai tanpa mengira fahaman politk, ideologi kerana negara ini tanah tumpahnya darah yang perlu dipertahankan.

Beliau juga menegaskan, rakyat perlu mempertahankan negara dari ancaman dalam dan luaran untuk membentuk sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

Perdana Menteri berkata, insiden di Lahat Datu, Sabah yang mengorbankan pengawal keselamatan akibat musuh dalam selimut yang berpangkat koperal memberi maklumat pada pengganas Sulu memberi iktibar rakyat perlu menyemai semangat patriotik.

Katanya, jika ada pemimpin di negara ini yang sanggup bersengkongkol dengan pihak luar, rakyat sendiri menjadi mangsa.

“Satu lagi contoh, ada bekas pemimpin memburukkan kita kononnya kita antara 10 negara paling berasuah di dunia pada hal kita di tangga ke-55 dari 160 negara.

“Saya boleh menerima teguran dimana kita tida seburuk mana seperti yang didakwa, kalau teguran yang boleh membawa penambahbaikan, saya sebagai perdana menteri boleh terima.

“Tetapi saya tak boleh terima kalau mereka buat tuduhan tanpa perasaan cintakan negara. Perbuatan ini kita tidak boleh biarkan kerana akan merosakkan negara tercinta.

“Kita boleh memperkukuhkan semangat cinta negara kita dengan perasaan Negaraku Malaysia,” katanya lagi.

Terdahulu, pada majlis yang sama, lebih 10,000 warganegara daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa hadir bersama-sama barisan menteri kabinet hadir.

Perdana Menteri juga mahu semangat peserta Ekspresi Negaraku terus dikobarkan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja.

“Kita tidak semestinya menggelarkan diri sebagai patriotik kerana angkat senjata atau berjuang di medan perjuangan dan sebagainya.

“Kita patriotik apabila sebagai penjawat awam bekerja bersungguh-sungguh berkhidmat berbakti kepada rakyat dan mempertahankan negaraku,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast