Reaksi empat model sambilan yang mengambil kesempatan bergambar pada Majlis Pelancaran Kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 18 MAC 2017

PUTRAJAYA –  Program Ekspresi Negaraku berjaya membuka minda generasi muda mengenai perlunya kedaulatan negara dipikul bersama bukan menyerahkannya bulat-bulat kepada pasukan keselamatan.

Malah ramai dalam kalangan anak muda yang membanjiri Dataran Putrajaya hari ini berpendapat ia satu program tepat pada masa dan menepati kehendak mereka.

“Sebagai sebuah negara kecil, siapa lagi yang boleh pertahankan Malaysia ini kalau bukan kita?” kata gadis berusia 25 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia dari Kajang.

Selain itu, menurutnya, program yang sama juga menjadi platform kepada anak-anak muda sepertinya merapatkan silaturahim sesama mereka.

Menurutnya, program yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disediakan pelbagai input dan pamerana yang bermanfaat.

Gelagat sebahagian pelajar Giatmara bergambar pada abjad gergasi Ekspresi Negaraku sempena  program kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.
Gelagat sebahagian pelajar Giatmara bergambar pada abjad gergasi Ekspresi Negaraku sempena program kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga menyaksikan lebih 10,000 orang termasuk generasi muda yang hadir memeriahkan lagi program.

Reaksi dua pasukan yang turut menyertai perlawanan street soccer sempena Majlis Pelancaran Kempen Ekspresi Negaraku yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.

Nurul Izzati Rosli, 19, pula menyifatkan program berkenaan memberi pendedahan kepada anak muda sepertinya mengenai semangat cintakan negara dan berkumpul beramai-ramai bagi membuktikan semangat patriotisme.

Dua pelajar tahun 6, menghasilkan robot yang dibuat hasil cantuman Lego sempena kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.
Dua pelajar tahun 6, menghasilkan robot yang dibuat hasil cantuman Lego sempena kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.

Sementara itu, seorang lagi remaja yang mahu dikenali sebagai Fauzan, 19, berkata, program Ekspresi Negaraku itu memberi ruang kepada mereka belajar erti sebenar mencintai negara.

“Saya dapat lihat program ini ramai orang pelbagai budaya menyokong dan menyemai semangat patriotik beramai-ramai,” katanya.

Seorang peminat sukan 'Parkour' melakukan aksi 'Parkour' dihadapan abjad gergasi Ekspresi Negaraku pada program kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.
Seorang peminat sukan ‘Parkour’ melakukan aksi ‘Parkour’ dihadapan abjad gergasi Ekspresi Negaraku pada program kempen Ekspresi Negaraku di Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2017.

Bagi Nasrul Hakimi, 19, pula dia begitu teruja dengan program Ekspresi Negaraku.

“Ia menyatukan kami dalam membuat aktiviti berfaedah beramai-ramai sekali gus menyemai semangat cintakan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast