KLUANG, 18 Mac -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Perasmian Hari Penjara ke 227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam, Johor hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG -Masyarakat antarabangsa mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam membantu banduan melalui proses pemulihan di penjara, terutamanya dalam mengurangkan kadar residivis yang kini pada bawah sembilan peratus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kadar residivis atau kesalahan berulang oleh bekas banduan pada tahun lepas ialah pada 8.59 peratus.

“Walaupun kita belum berpuas hati dengan pencapaian yang baik ini, sebenarnya masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian kita.

“Terdapat beberapa negara maju, kadar residivisnya berada pada tahap lebih 50 peratus, ertinya banduan yang keluar daripada penjara yang menjalani pemulihan dan hukuman tetapi apabila keluar dari penjara melakukan ulangan kesalahan jenayah, tidak di Malaysia… Alhamdulillah,” katanya.

Namun kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, kadar residivis itu mahu terus dikurangkan melalui usaha-usaha menambah baik dan memperkemaskan serta memperkasakan modul-modul pemulihan sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast