LONDON – Bekas kapten Manchester United, Roy Keane menempelak Jose Mourinho kerana pengendali kelab itu merungut  tentang jadual perlawanan yang terlalu padat.

Keane berkata, Mourinho ketika ini menguruskan  salah sebuah kelab paling besar di dunia.

“Dengan skuad yang dia ada, dia masih merungut tentang faktor keletihan?

“Mourinho sedang bercakap benda yang sangat mengarut. Saya jarang mendengar benda lebih sampah dari ini.

“Mungkin kelab ini terlalu besar untuk dia sehingga tidak mampu mengharunhi jumlah perlawanan yang banyak,” kata Keane ketika ditemubual stesen televisyen, ITV.

Komen Keane itu mendapat respon yang luar biasa dari peminat Manchester United dari seluruh dunia.

Ramai yang menganggap Keane tidak perlu untuk mengkritik Jose Mourinho kerana realitinya, jadual United sangat padat dan perlu mengharungi penerbangan yang jauh seperti ketika bertemu FC Rostov di Rusia.

Ada juga yang bersetuju dengan Roy Keane tentang perkara itu.

Ini mungkin asas yang kukuh untuk membandingkan jadual padat melibatkan Manchester United.

Namun jumlah perlawanan yang banyak adalah perkara yang biasa berlaku apabila pasukan masih komited dalam banyak pertandingan terutama sekali selepas Mac. – MalaysiaGazette