JOHOR BAHRU – Semua suspek baharu yang dikehendaki berhubung pembunuhan Kim Jong-nam termasuk dipercayai orang penting merupakan rakyat Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun, enggan mendedahkan maklumat terperinci berhubung perkembangan terbaharu itu termasuk bilangan dan lokasi suspek.

“Semua (suspek baharu) adalah warga Korea Utara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penamahbaikan dan Perluasan Sistem Pusat Unit Risikan Jeyanah di sini hari ini.

Semalam, Khalid mengesahkan ada beberapa suspek baharu termasuk orang penting dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Sementara itu, beliau turut menafikan dua syarikat teknologi komunikasi di negara ini yang dipercayai mempunyai pemegang saham dari Korea Utara terlibat dalam urusan jual beli senjata api.

Tambahnya, Khalid berkata, dua syarikat itu iaitu International Glo­bal System Sdn. Bhd. dan International Golden Services Sdn. Bhd. pada 15 Mac lalu ditutup selepas mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Jelasnya, ahli lembaga pengarah syarikat yang merupakan rakyat Malaysia berhasrat menutup syarikat terbabit pada 2015, namun tidan mendapat persetujuan wakil Pyongyang, bagaimanapun selepas memohon kepada KPDNKK, permintaannya diluluskan. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast