KULAI – Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Kuan Yau.

Lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998.

Semalam, kira-kira pada 1 petang, Kuan Yau di tahan di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang bersabit satu laporan polis yang dibuat di Kulai di sini.

Pada 13 Mac lalu, Kuan Yau menerusi status Facebook miliknya memuat naik poster filem animasi Disney, Beauty and The Beast yang turut disertakan dengan gambar Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada tahun lalu, dia turut diserang netizens selepas memuat naik status di Facebook dengan menyatakan Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas tuntutan itu sebagai antikomunis.

Kuan Yau kemudian mengumumkan keluar parti pada Julai tahun lalu selepas kenyataannya menyokong Beijing atas tuntutan itu dikecam pelbagai pihak. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast