KUALA LUMPUR – Bapa kepada dua orang pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha telah kembali ke rahmatullah semalam akibat masalah pernafasan dan usus.

Allahyarham Abdul Razak Salleh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Abdul Razak, 68, telah mengalami sesak nafas dan terpaksa ditahan di hospital selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebelum itu.

Abdul Razak telah meghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 11 pagi ini.

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri, Azizah Arsyad, 64 dan tujuh orang anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast