MANILA – Tentera Filipina telah menyelamatkan dua rakyat Malaysia yang ditahan kira-kira lapan bulan oleh Kumpulan Abu Sayyaf, kata seorang pegawai tentera.
Tayudin Anjut, 45, dan Abdurahim Bin Sumas, 62, berjaya diselamatkan di perairan Pulau Pata di wilayah Sulu selatan, kata Mejar General Carlito Galvez Jr. Komander Barat Mindanao.
Kedua-dua merupakan antara lima anak kapal bot tunda Malaysia yang dirampas oleh kumpulan militan itu pada Julai tahun lalu di luar perairan Sabah.
Mereka berdua dalam keadaan lemah dan uzur ketika diselamatkan.
“Doktor tentera kini sedang merawat mereka di hospital kami di Sulu,” kata Galvez. – MalaysiaGazette