Adi Putra

KUALA LUMPUR – Pelakon Adi Putra tampil mengesahkan dia telah sudah pun berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Adi, 36, mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Instagramnya, hari ini.

“Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi.

“Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih,” jelasnya di laman sosialnya yang diikuti lebih 858,000 pengikut itu.

Baru-baru ini, laporan mengatakan pelakon KL Gangster itu membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan Aida yang juga seorang penerbit drama, awal Mac lalu.

Hasrat untuk berpisah itu juga bukan kali pertama dilakukan kerana pada Mei 2012, pelakon terbabit pernah berbuat perkara sama.

Adi dan Aida berkahwin pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga.

Pada 20 Jun tahun lalu, Adi berkahwin pula dengan Shahida apabila gambar majlis pernikahan mereka tersebar di laman sosial.

Sebelum itu, Adi dan Shahida adalah rakan kongsi perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast