KUALA LUMPUR – Operasi Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dihentikan buat sementara waktu kerana berlaku kebocoran gas pemadam api di aras 6, bangunan tersebut
JPN dalam kenyataannya berkata, kejadian disedari pada pukul 8.45 pagi.
Semua kakitangan JPN dan pelanggan telah diarah mengosongkan bangunan tersebut.
Jabatan Bomba telah menyiasat tempat kejadian tersebut dan operasi JPN akan dibuka semula bergantung kepada nasihat bomba,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette